1syarikat.com.my http://www.1syarikat.com.my Pendaftaran Syarikat Paling Murah Dan Mudah Di Malaysia Fri, 10 Feb 2017 07:52:13 +0000 en-US hourly 1 Daftar Syarikat Baru (Sdn Bhd) dengan SSM http://www.1syarikat.com.my/daftar-syarikat-baru-sdn-bhd-dengan-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia http://www.1syarikat.com.my/daftar-syarikat-baru-sdn-bhd-dengan-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia#comments Tue, 31 Jul 2012 01:35:32 +0000 http://localhost/syarikat/?p=11 Perniagaan anda bermula dari sini dan hari ini juga. Dan ianya begitu MUDAH sekali. Pasukan kami yang berpengalaman pasti dapat membantu anda dengan mendaftar dan menubuh syarikat baru dengan nama syarikat yang diingini. Jumlah harga untuk mendaftar Syarikat Baru (Sdn Bhd) dengan SSM hanya RM1,060 sahaja. Harga promosi !!! Daftar Syarikat Baru hanya RM1,060/- !!!   […]

The post Daftar Syarikat Baru (Sdn Bhd) dengan SSM appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
1malaysiaBest in PJ KLPerniagaan anda bermula dari sini dan hari ini juga. Dan ianya begitu MUDAH sekali.

Pasukan kami yang berpengalaman pasti dapat membantu anda dengan mendaftar dan menubuh syarikat baru dengan nama syarikat yang diingini.

Jumlah harga untuk mendaftar Syarikat Baru (Sdn Bhd) dengan SSM hanya RM1,060 sahaja.

new

Harga promosi !!!
Daftar Syarikat Baru hanya RM1,060/- !!!

 

Hubungi kami: 03-7729 7018  (Cik Asma / Cik Farah)
Emel : info@1syarikat.com.my
Alamat : Map ke pejabat kami

PERCUMA!
Cubalah Carian Nama Syarikat Ringkas online kami dengan PERCUMA, sebelum pemohonan nama kepada SSM.


Harga kami termasuk yang berikut:


Proses Pendaftaran Syarikat Baru (Sdn Bhd) dengan SSM

No Aktiviti Hari
1 Carian nama syarikat dengan SSM 24 Jam
2 Sebaik sahaja nama diluluskan, dokumen akan disediakan oleh NBC 2-3
3 Semua pengarah syarikat dan pemegang saham dijemput datang ke pejabat NBC untuk menandatangani semua dokumen 1
4 Stamping M&A dan Attestation of Statutory Declaration 1-2
5 Penyerahan dokumen pendaftaran kepada SSM 2-3
6 Pengeluaran Sijil Pertubuhan Perbadanan Syarikat daripada SSM 1
Jumlah hari berkerja yang diperlukan 8-11

Nota: Proses pendaftaran di atas adalah jangkaan masa and usaha terbaik daripada kami dan tertakluk kepada kestabilan SSM MyCoID system.


Maklumat lain yang disyorkan (in English):-


Harga promosi adalah termasuk GST dan informasi diatas dapat berubah sewaktu-waktunya tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Sila hubungi kami untuk maklumat dan informasi yang terkini dan pengesahan bagi harga yang terbaru. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

 

(For english version of this page, please click here)

The post Daftar Syarikat Baru (Sdn Bhd) dengan SSM appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/daftar-syarikat-baru-sdn-bhd-dengan-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia/feed 0
Syarikat Sedia Ada (Shelf Company) di Malaysia http://www.1syarikat.com.my/syarikat-sedia-ada-shelf-company-malaysia http://www.1syarikat.com.my/syarikat-sedia-ada-shelf-company-malaysia#comments Sat, 28 Jul 2012 04:29:17 +0000 http://localhost/syarikat/?p=9 Beli Syarikat Sedia Ada di Malaysia Percuma tiga belas (13) bulan yuran setiausaha! Dapatkan syarikat sedia ada anda hari ini juga dan menikmati 13 bulan yuran setiausaha PERCUMA , semuanya RM2,840 #sahaja! Sebanyak 50+ syarikat sedia ada baru untuk dijual di Malaysia sekarang! Dapatkanlah hari ini! MUAT TURUN: Senarai Syarikat Sedia Ada (List of shelf […]

The post Syarikat Sedia Ada (Shelf Company) di Malaysia appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>

Beli Syarikat Sedia Ada di Malaysia Beli Syarikat Sedia Ada di Malaysia
Percuma tiga belas (13) bulan yuran setiausaha!

Dapatkan syarikat sedia ada anda hari ini juga dan menikmati 13 bulan yuran setiausaha PERCUMA , semuanya RM2,840 #sahaja! Sebanyak 50+ syarikat sedia ada baru untuk dijual di Malaysia sekarang! Dapatkanlah hari ini!

MUAT TURUN:

Senarai Syarikat Sedia Ada (List of shelf companies) newpromo

 

Disebabkan beberapa syarikat-syarikat yang terdapat di dalam senarai atas telah dibeli oleh klien kami semenjak senarai tersebut dimuat-naikkan, sila hubungi kami untuk memastikan syarikat diingini oleh anda masih sedia ada. 


Apakah itu Syarikat Sedia Ada?

Kami mendaftar syarikat-syarikat ini untuk tujuan dijual semula, dengan itu, kami memastikan dan menjamin bahawa syarikat-syarikat ini adalah bersih dan sedia ada.

Syarikat-syarikat Sedia Ada adalah disediakan untuk klien kami yang memerlukan sebuah syarikat dalam tempoh yang sangat pendek (biasanya dalam tempoh 24 jam!).

Semua Syarikat Sedia Ada adalah tidak aktif, tanpa sebarang akaun bank dan tidak pernah memulakan apa-apa aktiviti perniagaan sebelum ini, oleh itu kesemuanya tidak mempunyai apa-apa liabiliti (tiada hutang).

Hubungi kami sekarang pada 03-7729 7018 (Cik Asma/Cik Afiza)!


Kelebihan membeli Syarikat Sedia Ada:

1.Anda boleh memasuki mana-mana kontrak atau perjanjian dengan SEGERA;
2.Anda boleh memulakan perniagaan dengan SEGERA; dan
3.Elakkan daripada menggunakan masa sepanjang 10 hari untuk siap sediakan pendaftaran syarikat baru.

Kami mempunyai senarai panjang Syarikat Sedia Ada (lebih daripada 50) untuk kemudahan dan pemilihan anda dengan harga HANYA RM2,840 #.

Klik di sini untuk senarai penuh Syarikat-Syarikat Sedia Ada. newpromo.


.Apa yang terdapat di dalam Syarikat Sedia Ada?

  • Kesemua Syarikat Sedia Ada ini didaftarkan dengan modal saham dibenarkan (“authorised share capital”) sebanyak RM100,000 dan modal berbayar (“paid up capital”) sebanyak RM2.
  • Syarikat Sedia Ada didaftarkan dengan bertujuan menjalani Dagangan Am (“General Trading“) dan boleh melakukan semua jenis perniagaan selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang atau peraturan-peraturan lain.Walau bagaimanapun, sesetengah perniagaan mungkin memerlukan Kelulusan, Lesen atau Permit daripada Pihak Berkuasa Kerajaan atau Agensi-agensi yang berkaitan. Syarikat-syarikat dinasihati supaya mendapatkan lesen-lesen yang diperlukan untuk menyelakkan daripada sebarang situasi yang tidak diingini.
  • Semua Syarikat Sedia Ada adalah dorman, tanpa sebarang akaun bank dan tidak pernah memulakan apa-apa aktiviti perniagaan sebelum ini, oleh itu tidak mempunyai apa-apa liabiliti (tiada hutang).
  • Semua Syarikat Sedia Ada ini boleh didapati pada bila-bila masa dan dengan serta-merta. Anda boleh menjadi pemilik sah syarikat Sedia Ada selepas anda membelinya dan anda tidak perlu menunggu sebanyak 10 hari untuk proses pemerbadanan syarikat baru.
  • Selepas penerimaan / pengesahan pembayaran, Syarikat Sedia Ada pilihan anda akan menjadi milik anda secara sah di sisi undang-undang dalam tempoh 24 jam.

Syarikat Sedia Ada akan menjadi milik anda dalam tempoh 24 jam dengan HANYA RM2, 840 #.

Klik di sini untuk senarai penuh Syarikat-Syarikat Sedia Ada. newpromo


Bagaimana kita melakukannya untuk anda? 

2 langkah-langkah untuk segalanya: –

Pertama, kita akan mengaturkan bagi anda untuk mengambil-alih Lembaga Pengarah Syarikat, pengarah yang sedia ada akan meletak jawatan dan anda akan dilantik sebagai pengarah baru syarikat tersebut.

Kedua, 2 saham biasa (“ordinary shares”) yang dipegang oleh pemegang saham yang sedia ada akan dipindahkan kepada anda dan rakan perusahaan anda.

Sila ambil perhatian bahawa semua borang pemindahan telah ditandatangani dan sedia untuk diisi dengan nama anda.

Hubungi kami sekarang pada 03-7729 7018 (Cik Asma/Cik Afiza)!


Apa yang kita perlukan daripada anda? 

1. Salinan Kad Pengenalan Malaysia (NRIC)

2. Pilih daripada senarai panjang Syarikat Sedia Ada yang paling sesuai dengan jenis operasi yang akan dijalani oleh perniagaan anda.

3. Tandatangan Pengarah & Pemegang Saham Baru pada borang yang berkaitan dan Resolusi Lembaga.

HANYA RM2,840 # dan Syarikat Sedia Ada akan menjadi milik anda.


Apa yang kita akan lakukan seterusnya?

Setelah semua dokumen-dokumen yang berkaitan telah ditandatangani, kami akan menyerahkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan kepada SSM melalui pemfailan Express.

Kami juga akan mengeluarkan Surat Tanggung-rugi (“Letters of Indemnity”) yang ditandatangani oleh Pengarah-pengarah syarikat sebelum ini yang mengesahkan bahawa syarikat itu DORMAN, TIADA liabiliti dan TIDAK pernah memulakan sebarang perniagaan sebelum ini.

Hubungi kami sekarang pada 03-7729 7018 (Cik Asma/Cik Afiza)!

# Nota: Harga promosi atas adalah tertakluk kepada 6% GST dan perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan cadangan penuh daripada kami untuk maklumat lanjut.


(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

The post Syarikat Sedia Ada (Shelf Company) di Malaysia appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/syarikat-sedia-ada-shelf-company-malaysia/feed 0
Tukar Setiausaha Syarikat | Change Company Secretary http://www.1syarikat.com.my/perkhimatan-setiausaha-syarikat-company-secretary http://www.1syarikat.com.my/perkhimatan-setiausaha-syarikat-company-secretary#comments Mon, 23 Jul 2012 18:19:44 +0000 http://www.1syarikat.com.my/?p=119 Nikmati yuran setiausaha tahun pertama dengan RM660 sahaja!  Tidak berpuas hati dengan perkhimatan setiausaha syarikat anda? Sangat mahal? Tukar kepada kami dan berpeluang menikmati yuran setiausaha bagi tahun pertama dengan RM660 sahaja! Ya, RM660 untuk yuran setahun! (RM55 sebulan!) Kami berharap anda dapat mencuba perkhimatan kami yang berkualiti dan profesional dengan hanya bayar RM55 sebulan, […]

The post Tukar Setiausaha Syarikat | Change Company Secretary appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
Nikmati yuran setiausaha tahun pertama dengan RM660 sahaja! 

Tidak berpuas hati dengan perkhimatan setiausaha syarikat anda? Sangat mahal? Tukar kepada kami dan berpeluang menikmati yuran setiausaha bagi tahun pertama dengan RM660 sahaja!

Ya, RM660 untuk yuran setahun! (RM55 sebulan!)

Kami berharap anda dapat mencuba perkhimatan kami yang berkualiti dan profesional dengan hanya bayar RM55 sebulan, harga yang paling rendah di Petaling Jaya, Kuala Lumpur & Malaysia.

Tiada biaya tersembunyi! Hubungi kami sekarang! 

Gilakah? Tidak percaya? Harga rendah kualiti rendah?

  • Kunjungi pejabat kami sekarang dan lihat senarai panjang pelanggan kami hari ini.
  • Kami telah melabur sebanyak RM30,000 keatas untuk mendirikan perangkat lunak setiausaha sendiri!
    Ini telah berjaya mengurangkan kesalahan yang sentiasa dan mungkin berlaku jikalau disediakan oleh manusia!
  • Semua dokumen atau resolusi akan disiapsediakan dalam jangka masa yang pendek. (biasanya dalam satu jam sahaja)

Bolehkah anda tukar setiausaha syarikat anda?

Boleh, lembaga pengarah syarikat anda mempunyai kuasa penuh untuk menukarkan setiausaha syarikat di mana-mana masa.

Apakah yang diperlui oleh kami?

Hanya borang 44 & 49 yang terkini dan kami akan uruskan bagi anda!

Perlukah anda bayar untuk pertukaran setiausaha syarikat?

Tidak. Anda tidak perlu bayar apa-apa yuran kepada sesiapa pihak. Kami akan berurus dengan setiausaha syarikat anda.

Adakah biaya tersembunyi?

Tidak. Anda hanya perlu bayar yuran tahun pertama setiausaha syarikat yang sebanyak RM660 + 6% cukai perkhimatan.

Berapakah yuran bagi tahun yang kemudian?

Yuran bulanan setiausaha syarikat kami bagi tahuan yang kemudian adalah RM60 sebulan.


Perkhimatan Setiausaha Syarikat (Company Secretary) 

Semua syarikat yang ditubuhkan di Malaysia mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang Setiausaha Syarikat (Company Secretary).

Setiausaha syarikat mestilah orang benar (“natural person”) dan bermastautin di Malaysia dan merupakan ahli dalam salah satu badan-badan profesional yang ditetapkan atau dilesenkan oleh SSM.

Firma kami menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan setiausaha syarikat kepada pelanggan-pelanggan kami yang memerlukan bantuan untuk mematuhi keperluan Akta Syarikat Malaysia, 1965.

Perkhidmatan kami termasuklah:

Pembadanan dan Pendaftaran Syarikat
Jualan Syarikat Sedia-Ada
Penyediaan Resolusi dan Penganjuran Mesyuarat Pengarah
Penyediaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk pemegang saham
Nasihat tentang Prosedur-prosedur Korporat
Penyerahan Pulangan Tahunan (Annual Return) kepada SSM
Penyelenggaraan Pendaftaran Berkanun dan Buku Rekod
Peruntukan untuk Pengarah Penama dan Pemegang Saham
Peruntukan untuk Alamat Pejabat Berdaftar Syarikat
Carian Syarikat
Pengumpukan (“Allotment”) Saham Baru / Tambahan Modal Berbayar (Increased Paid up Capital”)
Pengurusan Senarai Gaji
Pertukaran Nama Syarikat
Carian Kemuflisan
Pendaftaran Cap Dagangan
Pendaftaran KWSP dan SOCSO bagi Majikan
Pendaftaran Pemilikan Tunggal dan Perkongsian
Pembatalan Pendaftaran Syarikat (“Striking off”)
(For english version of this page, please click here)

 

The post Tukar Setiausaha Syarikat | Change Company Secretary appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/perkhimatan-setiausaha-syarikat-company-secretary/feed 0
Permohonan Nama Syarikat Dengan SSM Malaysia | Carian Nama Syarikat SSM Online http://www.1syarikat.com.my/memohon-nama-syarikat-dengan-ssm-carian-nama-syarikat-ssm-online http://www.1syarikat.com.my/memohon-nama-syarikat-dengan-ssm-carian-nama-syarikat-ssm-online#comments Sun, 13 May 2012 16:46:32 +0000 http://www.1syarikat.com.my/?p=274 Sudah ada nama syarikat baru anda dalam fikiran? Daftar syarikat dengan nama yang dikehendaki? Semakan PERCUMA nama syarikat dalam Sistem SSM ! Semua syarikat adalah dikehendaki membuat permohonan nama syarikat dengan SSM Malaysia sebelum mendaftar syarikat tersebut. Sekarang anda boleh membuat semakan percuma dalam sistem SSM bagi nama syarikat yang diingini oleh anda sebelum memohon kepada […]

The post Permohonan Nama Syarikat Dengan SSM Malaysia | Carian Nama Syarikat SSM Online appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
Sudah ada nama syarikat baru anda dalam fikiran?

Daftar syarikat dengan nama yang dikehendaki?


Semakan PERCUMA nama syarikat dalam Sistem SSM !

Semua syarikat adalah dikehendaki membuat permohonan nama syarikat dengan SSM Malaysia sebelum mendaftar syarikat tersebut.

Sekarang anda boleh membuat semakan percuma dalam sistem SSM bagi nama syarikat yang diingini oleh anda sebelum memohon kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM Malaysia).

Sila dimaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1,133,500 syarikat telah didaftarkan dengan SSM pada hari ini (21 Mei 2015), kemungkinan besar bahawa nama syarikat yang diingini oleh anda telah digunakan sebelum ini!

Semak nama syarikat baru anda dalam Online Sistem SSM SEKARANG dan PERCUMA! 


Login ke Sistem SSM Online Sekarang! Hot Topic

  1. Kunjungi www.ssm-einfo.my
  2. Klik ikon “Register as e-Account Member!
  3. Isikan “e-Registration Form“, dan tekan submit
  4. Anda akan menerima pesanan “Please login now
  5. Login dengan Nama Pengguna (username) & Kata Laluan (password)
  6. Selepas login, tekan ikon “>> Search
  7. Sila masukkan nama syarikat yang diingini dalam “By Name
  8. SIAP! Keputusan Carian Nama daripada Sistem SSM akan disiapsedia dalam beberapa saat sahaja!

.


Berikut adalah contoh pendaftaran ringkas syarikat (“brief registry of companies”) SSM, klik pada snapshot di bawah untuk melihat carian nama dengan “Genting”: –

snapshot of brief ssm name search

newpromo Somethings you need to know when you use SSM Online System

newpromo Gazetted Words: Words that you can’t use in your new company’s name


Memohon Nama Syarikat anda dengan SSM sekarang!

Dengan semua langkah-langkah pemeriksaan dalam sistem SSM, anda kini dalam kedudukan yang lebih jelas untuk mengemukakan dan memohon nama syarikat pilihan anda kepada SSM, dalam mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat serupa yang telah pun terdaftar dan mengurangkan kemungkinan permohonan ditolak oleh SSM.


Memohon nama syarikat yang baru kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Kini, dengan nama syarikat ideal anda dari atas dan sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran syarikat, kami akan mengemukakan permohonan carian nama kepada SSM untuk mendapatkan kelulusan menggunakan nama ideal anda dalam pendaftaran syarikat baru tersebut.

Setelah mendapat kelulusan nama daripada SSM, nama syarikat yang diluluskan tersebut akan dikhaskan (“reserved”) untuk tempoh tiga (3) bulan. Dokumen-dokumen pendaftaran yang lengkap perlu dikemukakan kepada SSM dalam tempoh masa 3 bulan untuk tujuan penubuhan.


Berapa lama masa yang diperlukan untuk SSM meluluskan carian nama?

Kami akan menerima kelulusan atau penolakan daripada SSM dalam tempoh satu (1) hari bekerja.


Bagaimana jika SSM tidak meluluskan carian nama?

SSM biasanya akan menolak permohonan nama syarikat baru atas sebab-sebab berikut:

  1. Nama syarikat yang dicadangkan itu adalah serupa dengan nama syarikat yang sedia ada dan boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.
  2. Nama syarikat yang dicadangkan itu adalah sama dengan nama syarikat sedia ada yang dahulu (“former name of existing company”) dan boleh menimbulkan kekeliruan yang tidak diingini kepada orang awam.
  3. Nama syarikat yang dicadangkan itu adalah dilarang di bawah Akta Syarikat 1965 atau mana-mana Akta lain yang berkaitan.
  4. Cadangan nama syarikat adalah kurang sesuai (“undesirable”) untuk digunakan sebagai nama syarikat, sebagai contoh, Ekor Ayam Sdn Bhd.

Apakah yang boleh kami lakukan sekiranya nama syarikat yang dicadangkan itu amat diperlukan bagi perniagaan baru?

Kami akan membuat rayuan secara bertulis kepada SSM untuk mengesahkan sebab-sebab mengapa SSM harus meluluskan penggunaan nama tersebut. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada keputusan muktamad oleh SSM.


Maklumat yang berkaitan: –  nbc-hot


(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

The post Permohonan Nama Syarikat Dengan SSM Malaysia | Carian Nama Syarikat SSM Online appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/memohon-nama-syarikat-dengan-ssm-carian-nama-syarikat-ssm-online/feed 0
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Daftar Syarikat Di SSM http://www.1syarikat.com.my/suruhanjaya-syarikat-malaysia-ssm-daftar-syarikat-di-ssm http://www.1syarikat.com.my/suruhanjaya-syarikat-malaysia-ssm-daftar-syarikat-di-ssm#comments Fri, 20 Jan 2012 16:35:38 +0000 http://www.1syarikat.com.my/?p=324 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan berkanun yang mengawal selia syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan. SSM, yang berkuat kuasa pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia. Aktiviti utama SSM Malaysia adalah untuk berkhidmat sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan […]

The post Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Daftar Syarikat Di SSM appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan berkanun yang mengawal selia syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan.

SSM, yang berkuat kuasa pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.

Aktiviti utama SSM Malaysia adalah untuk berkhidmat sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan serta menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang ramai. 

Sebagai peneraju utama ke arah meningkatkan tadbir urus korporat (“corporate governance”), SSM melaksanakan fungsinya untuk memastikan pematuhan pada perundangan pendaftaran perniagaan dan korporat melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif dalam sektor korporat dan perniagaan untuk Negara.

SSM dalam talian (SSM e-info) menawarkan kepada orang awam untuk membeli maklumat kewangan dan profil semua syarikat-syarikat yang berdaftar dengan SSM Malaysia.

SSM Malaysia adalah bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:

  1. Akta Syarikat 1965 (Akta 125);
  2. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
  3. Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100);
  4. Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28);

Mana-mana perundangan subsidiari yang digubal di bawah Akta-akta seperti:

  1. Peraturan-peraturan Syarikat 1966;
  2. Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957

 


 Anda mungkin juga menikmati:

  1. Pejabat-pejabat SSM di seluruh Malaysia
  2. Daftar syarikat anda (Enterprise/Partnership) dengan SSM, hanya RM120 sahaja!

 

(For english version of this page, please click here)

 

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

The post Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Daftar Syarikat Di SSM appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/suruhanjaya-syarikat-malaysia-ssm-daftar-syarikat-di-ssm/feed 0
Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian http://www.1syarikat.com.my/mulakan-dan-daftar-perniagaan-anda-sendiri-pendaftaran-milikan-tunggal-dan-perkongsian http://www.1syarikat.com.my/mulakan-dan-daftar-perniagaan-anda-sendiri-pendaftaran-milikan-tunggal-dan-perkongsian#comments Thu, 19 Jan 2012 17:17:56 +0000 http://www.1syarikat.com.my/?p=376 Bagaimana untuk memulakan perniagaan dan mendaftar syarikat di Malaysia Untuk memulakan perniagaan anda, anda boleh mempertimbangkan mendaftar syarikat seperti berikut: 1. Milikan Tunggal (atau dikenali sebagai Enterprise / Trading Co) 2. Perkongsian (Partnership) 3. Sdn Bhd (Private Limited) Ketahui apakah perbezaan antara Milikan Tunggal / Perkongsian & Sdn Bhd  Mengapa mula dengan pemilikan tunggal, perusahaan […]

The post Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>

Bagaimana untuk memulakan perniagaan dan mendaftar syarikat di Malaysia

Untuk memulakan perniagaan anda, anda boleh mempertimbangkan mendaftar syarikat seperti berikut:

1. Milikan Tunggal (atau dikenali sebagai Enterprise / Trading Co)
2. Perkongsian (Partnership)
3. Sdn Bhd (Private Limited)

Ketahui apakah perbezaan antara Milikan Tunggal / Perkongsian & Sdn Bhd 


Mengapa mula dengan pemilikan tunggal, perusahaan (“enterprise”) atau perkongsian?

Perniagaan milikan tunggal dan perkongsian boleh didaftarkan dan dimulakan dalam tempoh yang pendek dan agak mudah. Tiada modal minimum diperlukan.

Apa yang anda perlu lakukan adalah melawat ke kaunter pendaftaran perniagaan di mana-mana pejabat SSM & ikut prosedur permohonan.

Dalam masa satu atau dua jam, pendaftaran akan disiapsedia dan anda boleh memulakan perniagaan anda dengan serta-merta!


Apa yang diperlukan sebelum anda pergi ke pejabat SSM?

1. Anda mestilah merupakan Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (“Permanent Resident”). (Warga asing tidak dibenarkan untuk mendaftar pemilikan tunggal atau perkongsian)

2. Salinan Kad Pengenalan Malaysia pemilik / semua rakan kongsi.

3. Tunai (RM120 – RM150)

Hubungi SSM di 03-2299 4400 atau 03-2299 5500 sekarang!


Kunjungi SSM di KL Sentral hari ini:

nbc-SSM-logo

Menara SSM@Sentral
No.7, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50623 Kuala Lumpur.

Hotline: 03- 2299 5500
Tel: 03-2299 4400
Fax: 03-2299 4411
E-mail: enquiry@ssm.com.my

Daftar syarikat sendiri dengan hanya RM100 sahaja! 
Kunjungi ke SSM offices di Malaysia!


Apakah keburukan pemilikan tunggal / perkongsian?

1. Liabiliti Tak Terhad – Anda akan bertanggungjawab untuk semua hutang perniagaan anda.

2. Pemilikan tunggal atau perkongsian kemungkinan besar akan dihentikan atau ditutup dengan serta-merta sebaik sahaja pemilik atau rakan kongsi menarik diri daripada perniagaan atau meninggal dunia.


Bagaimana untuk memilih nama untuk perniagaan anda?

Anda boleh sama ada menggunakan nama anda sendiri seperti yang dinyatakan dalam Kad Pengenalan anda (contohnya Ali Bin Sulaimanatau Lee Kim Lim) atau nama perdagangan (contohnya Baba Nasi Enterprise atau Restoran Ayam Yummy) untuk perniagaan / perkongsian anda.

Hubungi SSM di 03-2299 4400 atau 03-2299 5500 sekarang!


Bolehkah kita membantu untuk mendaftar untuk anda?

Semua firma pengurusan adalah tidak dibenarkan mendaftar Pemilik Tunggal / Perkongsian bagi pihak pemilik / rakan kongsi. Pemilik / rakan kongsi dikehendaki melawat ke pejabat-pejabat SSM sendiri untuk mendaftarkan syarikat mereka / mengubah maklumat perniagaan / menutup syarikat mereka.

Daftar syarikat sendiri dengan hanya RM100 sahaja! 
Kunjungi ke SSM offices di Malaysia!

 

(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

The post Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/mulakan-dan-daftar-perniagaan-anda-sendiri-pendaftaran-milikan-tunggal-dan-perkongsian/feed 0
Mesej Selamat Datang Dari Pengasas http://www.1syarikat.com.my/mesej-selamat-datang-dari-pengasas-kumpulan http://www.1syarikat.com.my/mesej-selamat-datang-dari-pengasas-kumpulan#comments Tue, 02 Aug 2011 13:12:04 +0000 http://www.1syarikat.com.my/?p=653 Terima kasih kerana melawat kami dan kami ingin anda boleh mencari apa yang anda cari di sini. Kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami untuk semua pertanyaan anda.

The post Mesej Selamat Datang Dari Pengasas appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
Terima kasih kerana melawat kami dan kami ingin anda boleh mencari apa yang anda cari di sini. Kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami untuk semua pertanyaan anda.

The post Mesej Selamat Datang Dari Pengasas appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/mesej-selamat-datang-dari-pengasas-kumpulan/feed 0
Pejabat Berdaftar / Alamat Berdaftar (Registered Office / Registered Address) http://www.1syarikat.com.my/pejabat-berdaftar-alamat-berdaftar-registered-office-registered-address http://www.1syarikat.com.my/pejabat-berdaftar-alamat-berdaftar-registered-office-registered-address#comments Thu, 21 Jul 2011 16:26:57 +0000 http://www.1syarikat.com.my/?p=507 Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pemerbadanannya, tiap-tiap syarikat hendaklah memaklumkan SSM lokasi pejabat berdaftar syarikat di dalam Malaysia dengan mengemukakan Borang 44 kepada SSM. Semua rekod berkanun (“statutory records”), senarai daftar (“registers”), buku minit (“minute book”) dan meterai biasa (“common seal”) adalah dikehendaki untuk disimpan di pejabat berdaftar syarikat anda, biasanya di pejabat setiausaha […]

The post Pejabat Berdaftar / Alamat Berdaftar (Registered Office / Registered Address) appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>

Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pemerbadanannya, tiap-tiap syarikat hendaklah memaklumkan SSM lokasi pejabat berdaftar syarikat di dalam Malaysia dengan mengemukakan Borang 44 kepada SSM.

Semua rekod berkanun (“statutory records”), senarai daftar (“registers”), buku minit (“minute book”) dan meterai biasa (“common seal”) adalah dikehendaki untuk disimpan di pejabat berdaftar syarikat anda, biasanya di pejabat setiausaha syarikat. Pejabat perniagaan anda adalah tempat di mana operasi & aktiviti perniagaan anda dijalankan.

Pejabat berdaftar BUKANLAH pejabat perniagaan anda. Anda boleh mempunyai pejabat perniagaan anda di mana-mana tempat di Malaysia, di rumah anda, kedai, kilang, atau anda boleh tidak mempunyai satu pun!

 


(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

The post Pejabat Berdaftar / Alamat Berdaftar (Registered Office / Registered Address) appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/pejabat-berdaftar-alamat-berdaftar-registered-office-registered-address/feed 0
Pelantikan Pengarah Baru (Appointment of New Director) http://www.1syarikat.com.my/pelantikan-pengarah-baru-appointment-of-new-director http://www.1syarikat.com.my/pelantikan-pengarah-baru-appointment-of-new-director#comments Thu, 21 Jul 2011 15:58:36 +0000 http://www.1syarikat.com.my/?p=489 Lembaga Pengarah boleh pada bila-bila masa melantik seseorang, tertakluk kepada keizinannya, untuk menjadi ahli lembaga pengarah, atau dalam erti kata lain, pelantikan pengarah baru adalah tertakluk kepada kelulusan daripada lembaga pengarah syarikat. Lembaga Pengarah adalah sebuah badan ahli-ahli yang dipilih atau dilantik dan yang bersama-sama menyelia aktiviti-aktiviti syarikat atau organisasi. Bilangan orang pengarah, semua daripada […]

The post Pelantikan Pengarah Baru (Appointment of New Director) appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>

Lembaga Pengarah boleh pada bila-bila masa melantik seseorang, tertakluk kepada keizinannya, untuk menjadi ahli lembaga pengarah, atau dalam erti kata lain, pelantikan pengarah baru adalah tertakluk kepada kelulusan daripada lembaga pengarah syarikat.

Lembaga Pengarah adalah sebuah badan ahli-ahli yang dipilih atau dilantik dan yang bersama-sama menyelia aktiviti-aktiviti syarikat atau organisasi.

Bilangan orang pengarah, semua daripada mereka hendaklah orang sebenar (“natural person”), tidak boleh kurang daripada dua (2) orang atau melainkan ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Agung oleh Resolusi Biasa (“Ordinary Resolution”) untuk lebih daripada Sembilan (9) orang.

Sesiapa, yang sanggup diterima atau dilantik sebagai pengarah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, perlu mengisytiharkan dirinya dalam perkara-perkara berikut:

1. Dia bukan seorang muflis yang belum dilepaskan (“undischarged bankrupt”);

2. Dia tidak pernah disabitkan dengan jenayah sama ada dalam atau di luar Malaysia untuk apa-apa kesalahan;

3. Dia tidak pernah dipenjarakan bagi apa-apa kesalahan dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh perisytiharannya; dan

4. Dia bersetuju untuk bertindak sebagai Pengarah.


(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

The post Pelantikan Pengarah Baru (Appointment of New Director) appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/pelantikan-pengarah-baru-appointment-of-new-director/feed 0
Modal Saham (Share Capital), Saham Biasa (Ordinary Shares) & Pengumpukan Saham Baru (Allotment of New Shares) http://www.1syarikat.com.my/modal-saham-share-capital-saham-biasa-ordinary-shares-pengumpukan-saham-baru-allotment-of-new-shares http://www.1syarikat.com.my/modal-saham-share-capital-saham-biasa-ordinary-shares-pengumpukan-saham-baru-allotment-of-new-shares#comments Thu, 21 Jul 2011 15:43:06 +0000 http://www.1syarikat.com.my/?p=483 Modal Saham (Share Capital) Saham adalah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham adalah pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Modal Saham yang Diterbitkan (“Issued Share Capital”), atau lebih dikenali sebagai Modal Berbayar (“Paid Up Capital”) adalah jumlah modal saham yang diisukan kepada pemegang saham oleh syarikat dan saham […]

The post Modal Saham (Share Capital), Saham Biasa (Ordinary Shares) & Pengumpukan Saham Baru (Allotment of New Shares) appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>

Modal Saham (Share Capital)

Saham adalah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham adalah pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan.

Modal Saham yang Diterbitkan (“Issued Share Capital”), atau lebih dikenali sebagai Modal Berbayar (“Paid Up Capital”) adalah jumlah modal saham yang diisukan kepada pemegang saham oleh syarikat dan saham tersebut telah dibayar sepenuhnya oleh para pemegang saham kepada Syarikat.


Pemegang Saham (Shareholders)

Seseorang yang memiliki saham yang diisukan kepadanya oleh sesebuah syarikat, dia hendaklah dikelaskan sebagai pemegang saham bagi syarikat tersebut.


Saham Biasa (Ordinary Shares)

Saham biasa memberikan pemegangnya hak pemilikan dalam syarikat tersebut, seperti hak untuk pembahagian dalam keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung dan untuk memilih dan memecat pengarah.

Kewajipan pemilikan juga diberikan dan ini boleh menyebabkan kehilangan wang pelabur jika syarikat itu mengalami kegagalan.

Saham biasa selalunya membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham-saham lain.


Peruntukan Saham Biasa / Saham Baru (Allotment of Ordinary Shares/New Shares)

Syarikat boleh pada bila-bila masa, meningkatkan modal saham yang diterbitkan atau modal berbayar dengan mengumpukan (“allotting”) saham-saham baru kepada para pemegang saham yang sedia ada atau baru.

Mana-mana permintaan untuk mengumpukan saham-saham baru perlu diluluskan oleh majoriti pemegang saham yang sedia ada. Oleh itu, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Lembaga pengarah, dengan itu akan diberi kuasa atau dibenarkan oleh para pemegang saham untuk memperuntukkan / mengumpukan saham baru.


(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

The post Modal Saham (Share Capital), Saham Biasa (Ordinary Shares) & Pengumpukan Saham Baru (Allotment of New Shares) appeared first on 1syarikat.com.my.

]]>
http://www.1syarikat.com.my/modal-saham-share-capital-saham-biasa-ordinary-shares-pengumpukan-saham-baru-allotment-of-new-shares/feed 0