Modal Saham (Share Capital), Saham Biasa (Ordinary Shares) & Pengumpukan Saham Baru (Allotment of New Shares)

Modal Saham (Share Capital)

Saham adalah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham adalah pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan.

Modal Saham yang Diterbitkan (“Issued Share Capital”), atau lebih dikenali sebagai Modal Berbayar (“Paid Up Capital”) adalah jumlah modal saham yang diisukan kepada pemegang saham oleh syarikat dan saham tersebut telah dibayar sepenuhnya oleh para pemegang saham kepada Syarikat.


Pemegang Saham (Shareholders)

Seseorang yang memiliki saham yang diisukan kepadanya oleh sesebuah syarikat, dia hendaklah dikelaskan sebagai pemegang saham bagi syarikat tersebut.


Saham Biasa (Ordinary Shares)

Saham biasa memberikan pemegangnya hak pemilikan dalam syarikat tersebut, seperti hak untuk pembahagian dalam keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung dan untuk memilih dan memecat pengarah.

Kewajipan pemilikan juga diberikan dan ini boleh menyebabkan kehilangan wang pelabur jika syarikat itu mengalami kegagalan.

Saham biasa selalunya membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham-saham lain.


Peruntukan Saham Biasa / Saham Baru (Allotment of Ordinary Shares/New Shares)

Syarikat boleh pada bila-bila masa, meningkatkan modal saham yang diterbitkan atau modal berbayar dengan mengumpukan (“allotting”) saham-saham baru kepada para pemegang saham yang sedia ada atau baru.

Mana-mana permintaan untuk mengumpukan saham-saham baru perlu diluluskan oleh majoriti pemegang saham yang sedia ada. Oleh itu, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Lembaga pengarah, dengan itu akan diberi kuasa atau dibenarkan oleh para pemegang saham untuk memperuntukkan / mengumpukan saham baru.


(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

Top