Penyata Tahunan (Annual Return) dan Penyerahan Penyata Tahunan kepada SSM

Apakah yang dimaksudkan dengan Penyata Tahunan?

Penyata tahunan sesebuah Syarikat terdiri daripada maklumat umum yang berikut:

  1. Alamat pejabat berdaftar
  2. Alamat pejabat perniagaan
  3. Alamat pejabat cawangan
  4. Aktiviti-aktiviti perniagaan utama
  5. Jumlah modal dibenarkan berdaftar
  6. Jumlah modal berbayar
  7. Cagaran yang berdaftar dengan SSM (Contohnya aset syarikat yang dicagarkan)
  8. Pengarah-pengarah Syarikat
  9. Setiausaha syarikat yang dilantik
  10. Pemegang-pemegang saham

Bilakah kita perlu membuat Penyata Tahunan kepada SSM?

Penyata tahunan yang ditandatangani oleh seorang pengarah atau oleh pengurus atau setiausaha syarikat tersebut hendaklah diserahkan (“lodged”) kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam masa satu bulan selepas mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Dalam kes di mana syarikat mempunyai cawangan di mana-mana tempat di luar Malaysia, Penyata tahunan hendaklah diserahkan kepada SSM dalam tempoh dua bulan selepas mesyuarat agung tahunan tersebut.


(For english version of this page, please click here) Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

Top