Pejabat Berdaftar / Alamat Berdaftar (Registered Office / Registered Address)

Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pemerbadanannya, tiap-tiap syarikat hendaklah memaklumkan SSM lokasi pejabat berdaftar syarikat di dalam Malaysia dengan mengemukakan Borang 44 kepada SSM.
Semua rekod berkanun (“statutory records”), senarai daftar (“registers”), buku minit (“minute book”) dan meterai biasa (“common seal”) adalah dikehendaki untuk disimpan di pejabat berdaftar syarikat anda, biasanya di pejabat setiausaha syarikat. Pejabat perniagaan anda adalah tempat di mana operasi & aktiviti perniagaan anda dijalankan.
Pejabat berdaftar BUKANLAH pejabat perniagaan anda. Anda boleh mempunyai pejabat perniagaan anda di mana-mana tempat di Malaysia, di rumah anda, kedai, kilang, atau anda boleh tidak mempunyai satu pun!