Carian Nama Syarikat Percuma Dengan SSM Malaysia

Sudah ada nama syarikat baru anda dalam fikiran?
Daftar syarikat dengan nama yang dikehendaki?
Semakan PERCUMA nama syarikat dalam Sistem SSM !
Semua syarikat adalah dikehendaki membuat permohonan nama syarikat dengan SSM Malaysia sebelum mendaftar syarikat tersebut.
Sekarang anda boleh membuat semakan percuma dalam sistem SSM bagi nama syarikat yang diingini oleh anda sebelum memohon kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM Malaysia).
Sila dimaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1,200,000 syarikat telah didaftarkan dengan SSM pada hari ini (8 Jun 2018), kemungkinan besar bahawa nama syarikat yang diingini oleh anda telah digunakan sebelum ini!
Semak nama syarikat baru anda dalam Online Sistem SSM SEKARANG dan PERCUMA!
Login ke Sistem SSM Online Sekarang! 
- Kunjungi www.ssm-einfo.my
- Klik ikon “Register as e-Account Member!“
- Isikan “e-Registration Form“, dan tekan submit
- Anda akan menerima pesanan “Please login now“
- Login dengan Nama Pengguna (username) & Kata Laluan (password)
- Selepas login, tekan ikon “>> Search“
- Sila masukkan nama syarikat yang diingini dalam “By Name“
- SIAP! Keputusan Carian Nama daripada Sistem SSM akan disiapsedia dalam beberapa saat sahaja!
.
Berikut adalah contoh pendaftaran ringkas syarikat (“brief registry of companies”) SSM, klik pada snapshot di bawah untuk melihat carian nama dengan “Genting”: –
Somethings you need to know when you use SSM Online System
Gazetted Words: Words that you can’t use in your new company’s name
Memohon Nama Syarikat anda dengan SSM sekarang!
Dengan semua langkah-langkah pemeriksaan dalam sistem SSM, anda kini dalam kedudukan yang lebih jelas untuk mengemukakan dan memohon nama syarikat pilihan anda kepada SSM, dalam mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat serupa yang telah pun terdaftar dan mengurangkan kemungkinan permohonan ditolak oleh SSM.
Memohon nama syarikat yang baru kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kini, dengan nama syarikat ideal anda dari atas dan sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran syarikat, kami akan mengemukakan permohonan carian nama kepada SSM untuk mendapatkan kelulusan menggunakan nama ideal anda dalam pendaftaran syarikat baru tersebut.
Setelah mendapat kelulusan nama daripada SSM, nama syarikat yang diluluskan tersebut akan dikhaskan (“reserved”) untuk tempoh tiga (3) bulan. Dokumen-dokumen pendaftaran yang lengkap perlu dikemukakan kepada SSM dalam tempoh masa 3 bulan untuk tujuan penubuhan.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk SSM meluluskan carian nama?
Kami akan menerima kelulusan atau penolakan daripada SSM dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Bagaimana jika SSM tidak meluluskan carian nama?
SSM biasanya akan menolak permohonan nama syarikat baru atas sebab-sebab berikut:
- Nama syarikat yang dicadangkan itu adalah serupa dengan nama syarikat yang sedia ada dan boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.
- Nama syarikat yang dicadangkan itu adalah sama dengan nama syarikat sedia ada yang dahulu (“former name of existing company”) dan boleh menimbulkan kekeliruan yang tidak diingini kepada orang awam.
- Nama syarikat yang dicadangkan itu adalah dilarang di bawah Akta Syarikat 1965 atau mana-mana Akta lain yang berkaitan.
- Cadangan nama syarikat adalah kurang sesuai (“undesirable”) untuk digunakan sebagai nama syarikat, sebagai contoh, Ekor Ayam Sdn Bhd.
Apakah yang boleh kami lakukan sekiranya nama syarikat yang dicadangkan itu amat diperlukan bagi perniagaan baru?
Kami akan membuat rayuan secara bertulis kepada SSM untuk mengesahkan sebab-sebab mengapa SSM harus meluluskan penggunaan nama tersebut. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada keputusan muktamad oleh SSM.
Maklumat yang berkaitan: –
- Some words you can’t use in your new company name unless approved by Minister
- 3 things you need to know when you are using SSM online system
- Complete Guidelines by SSM for name search
- Company name search with SSM