Syarikat Sedia Ada (Shelf Company) di Malaysia


Beli Syarikat Sedia Ada di Malaysia Beli Syarikat Sedia Ada di Malaysia
Percuma tiga (3) bulan yuran setiausaha!

Dapatkan syarikat sedia ada anda hari ini juga dan menikmati 3 bulan PERCUMA yuran setiausaha, semuanya RM2,500 sahaja! Sebanyak 200 syarikat sedia ada baru untuk dijual di Malaysia sekarang! Dapatkanlah hari ini!

MUAT TURUN:

Senarai Syarikat Sedia Ada (List of shelf companies) newpromo

 

Disebabkan beberapa syarikat-syarikat yang terdapat di dalam senarai atas telah dibeli oleh klien kami semenjak senarai tersebut dimuat-naikkan, sila hubungi kami untuk memastikan syarikat diingini oleh anda masih sedia ada. 


Apakah itu Syarikat Sedia Ada?

Kami mendaftar syarikat-syarikat ini untuk tujuan dijual semula, dengan itu, kami memastikan dan menjamin bahawa syarikat-syarikat ini adalah bersih dan sedia ada.

Syarikat-syarikat Sedia Ada adalah disediakan untuk klien kami yang memerlukan sebuah syarikat dalam tempoh yang sangat pendek (biasanya dalam tempoh 24 jam!).

Semua Syarikat Sedia Ada adalah tidak aktif, tanpa sebarang akaun bank dan tidak pernah memulakan apa-apa aktiviti perniagaan sebelum ini, oleh itu kesemuanya tidak mempunyai apa-apa liabiliti (tiada hutang).

Hubungi kami sekarang pada 03-7729 7018 (Ms Lau / Cik Asma)!


Kelebihan membeli Syarikat Sedia Ada:

1.Anda boleh memasuki mana-mana kontrak atau perjanjian dengan SEGERA;
2.Anda boleh memulakan perniagaan dengan SEGERA; dan
3.Elakkan daripada menggunakan masa sepanjang 10 hari untuk siap sediakan pendaftaran syarikat baru.

Kami mempunyai senarai panjang Syarikat Sedia Ada (lebih daripada 150-200) untuk kemudahan dan pemilihan anda dengan harga HANYA RM2,500.

Klik di sini untuk senarai penuh Syarikat-Syarikat Sedia Ada. newpromo.


.Apa yang terdapat di dalam Syarikat Sedia Ada?

  • Kesemua Syarikat Sedia Ada ini didaftarkan dengan modal saham dibenarkan (“authorised share capital”) sebanyak RM100,000 dan modal berbayar (“paid up capital”) sebanyak RM2.
  • Syarikat Sedia Ada didaftarkan dengan bertujuan menjalani Dagangan Am (“General Trading“) dan boleh melakukan semua jenis perniagaan selagi ianya tidak bercanggah dengan undang-undang atau peraturan-peraturan lain.Walau bagaimanapun, sesetengah perniagaan mungkin memerlukan Kelulusan, Lesen atau Permit daripada Pihak Berkuasa Kerajaan atau Agensi-agensi yang berkaitan. Syarikat-syarikat dinasihati supaya mendapatkan lesen-lesen yang diperlukan untuk menyelakkan daripada sebarang situasi yang tidak diingini.
  • Semua Syarikat Sedia Ada adalah dorman, tanpa sebarang akaun bank dan tidak pernah memulakan apa-apa aktiviti perniagaan sebelum ini, oleh itu tidak mempunyai apa-apa liabiliti (tiada hutang).
  • Semua Syarikat Sedia Ada ini boleh didapati pada bila-bila masa dan dengan serta-merta. Anda boleh menjadi pemilik sah syarikat Sedia Ada selepas anda membelinya dan anda tidak perlu menunggu sebanyak 10 hari untuk proses pemerbadanan syarikat baru.
  • Selepas penerimaan / pengesahan pembayaran, Syarikat Sedia Ada pilihan anda akan menjadi milik anda secara sah di sisi undang-undang dalam tempoh 24 jam.

Syarikat Sedia Ada akan menjadi milik anda dalam tempoh 24 jam dengan HANYA RM2, 500 #.

Klik di sini untuk senarai penuh Syarikat-Syarikat Sedia Ada. newpromo


Bagaimana kita melakukannya untuk anda? 

2 langkah-langkah untuk segalanya: –

Pertama, kita akan mengaturkan bagi anda untuk mengambil-alih Lembaga Pengarah Syarikat, pengarah yang sedia ada akan meletak jawatan dan anda akan dilantik sebagai pengarah baru syarikat tersebut.

Kedua, 2 saham biasa (“ordinary shares”) yang dipegang oleh pemegang saham yang sedia ada akan dipindahkan kepada anda dan rakan perusahaan anda.

Sila ambil perhatian bahawa semua borang pemindahan telah ditandatangani dan sedia untuk diisi dengan nama anda.

Hubungi kami sekarang pada 03-7729 7018 (Ms Lau / Cik Asma)!


Apa yang kita perlukan daripada anda? 

1. Salinan Kad Pengenalan Malaysia (NRIC)

2. Pilih daripada senarai panjang Syarikat Sedia Ada yang paling sesuai dengan jenis operasi yang akan dijalani oleh perniagaan anda.

3. Tandatangan Pengarah & Pemegang Saham Baru pada borang yang berkaitan dan Resolusi Lembaga.

HANYA RM2,500 # dan Syarikat Sedia Ada akan menjadi milik anda.


Apa yang kita akan lakukan seterusnya?

Setelah semua dokumen-dokumen yang berkaitan telah ditandatangani, kami akan menyerahkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan kepada SSM melalui pemfailan Express.

Kami juga akan mengeluarkan Surat Tanggung-rugi (“Letters of Indemnity”) yang ditandatangani oleh Pengarah-pengarah syarikat sebelum ini yang mengesahkan bahawa syarikat itu DORMAN, TIADA liabiliti dan TIDAK pernah memulakan sebarang perniagaan sebelum ini.

Hubungi kami sekarang pada 03-7729 7018 (Ms Lau / Cik Asma)!


(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

Top