Pelantikan Pengarah Baru (Appointment of New Director)

Lembaga Pengarah boleh pada bila-bila masa melantik seseorang, tertakluk kepada keizinannya, untuk menjadi ahli lembaga pengarah, atau dalam erti kata lain, pelantikan pengarah baru adalah tertakluk kepada kelulusan daripada lembaga pengarah syarikat.

Lembaga Pengarah adalah sebuah badan ahli-ahli yang dipilih atau dilantik dan yang bersama-sama menyelia aktiviti-aktiviti syarikat atau organisasi.

Bilangan orang pengarah, semua daripada mereka hendaklah orang sebenar (“natural person”), tidak boleh kurang daripada dua (2) orang atau melainkan ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Agung oleh Resolusi Biasa (“Ordinary Resolution”) untuk lebih daripada Sembilan (9) orang.

Sesiapa, yang sanggup diterima atau dilantik sebagai pengarah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, perlu mengisytiharkan dirinya dalam perkara-perkara berikut:

1. Dia bukan seorang muflis yang belum dilepaskan (“undischarged bankrupt”);

2. Dia tidak pernah disabitkan dengan jenayah sama ada dalam atau di luar Malaysia untuk apa-apa kesalahan;

3. Dia tidak pernah dipenjarakan bagi apa-apa kesalahan dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh perisytiharannya; dan

4. Dia bersetuju untuk bertindak sebagai Pengarah.


(For english version of this page, please click here)

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

Top