Dasar Privasi (Private Policy)

LATAR BELAKANG:

Dasar ini terpakai di antara anda, Pengguna Laman Web ini dan Kumpulan Syarikat-syarikat NBC, pemilik dan pembekal Laman Web ini. Dasar ini terpakai untuk penggunaan mana-mana dan semua Data yang dikumpulkan oleh kami berhubung dengan penggunaan Laman Web ini dan apa-apa Perkhidmatan atau Sistem dalamnya.

1. Definisi dan Tafsiran

Dalam Dasar ini terma-terma yang berikut hendaklah mempunyai erti yang berikut:

Akaun” ertinya secara kolektif maklumat peribadi, Maklumat Pembayaran dan pengenalan (“credentials”) yang digunakan oleh Pengguna untuk mengakses Bahan dan / atau mana-mana Sistem komunikasi di Laman Web ini;
“Kandungan” ertinya mana-mana teks, grafik, imej, audio, video, perisian, kompilasi data dan apa-apa bentuk lain maklumat yang boleh disimpan dalam komputer yang muncul pada atau membentuk sebahagian daripada Laman Web ini;

Cookie” ertinya fail teks kecil yang diletakkan di dalam komputer anda oleh Kumpulan Syarikat-syarikat NBC apabila anda melawat bahagian-bahagian tertentu di Laman Web ini. Ini membolehkan kami untuk mengenal pasti pelawat berulang dan menganalisis tabiat pelayaran mereka di dalam Laman Web ini. Jika kemudahan e-dagang disediakan, Cookies boleh digunakan untuk menyimpan maklumat lanjut anda yang terkandung dalam Fasal 10.

Data” ertinya secara kolektif semua maklumat yang anda serahkan kepada Laman Web ini .Ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, butir-butir Akaun dan maklumat yang dikemukakan dengan menggunakan mana-mana Perkhidmatan atau Sistem kami;

Nama” ertinya Kumpulan Syarikat-syarikat NBC, No.79A & 79B, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor;

Perkhidmatan” ertinya kolektif apa-apa kemudahan dalam talian, alat, perkhidmatan atau maklumat yang disediakan oleh Kumpulan Syarikat-syarikat NBC melalui Laman Web ini sama ada sekarang atau pada masa hadapan;

Sistem” ertinya mana-mana infrastruktur komunikasi dalam talian yang disediakan oleh Kumpulan Syarikat-syarikat NBC melalui Laman Web ini sama ada sekarang atau pada masa hadapan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, e-mel berasaskan web, papan mesej, kemudahan chat siaran langsung dan pautan e-mel;

Pengguna” / “Pengguna-pengguna” ertinya mana-mana pihak ketiga yang mengakses Laman Web ini dan tidak bekerja dengan Kumpulan Syarikat-syarikat NBC Syarikat dan bertindak dalam haluan pekerjaan mereka (“acting in the course of their employment”);

Laman Web” ertinya laman web yang anda sedang layari (www.nbc.com.my) dan mana-mana sub-domain laman ini (contoh.nbc.com.my) melainkan jika dikecualikan secara nyata oleh terma-terma dan syarat-syarat mereka sendiri.

2. Data Yang Dikumpulkan

Tanpa had, mana-mana Data berikut boleh dikumpulkan:
2.1 nama;
2.2 tarikh lahir;
2.3 jantina;
2.4 gelaran kerja;
2.5 profesion;
2.6 maklumat perhubungan seperti alamat e-mel dan nombor telefon;
2.7 maklumat demografi seperti poskod, kecenderungan dan kepentingan;
2.8 maklumat kewangan seperti nombor kad kredit / debit;
2.9 alamat IP (dikumpulkan secara automatik);
2.10 jenis pelayar web dan versi (dikumpulkan secara automatik);
2.11 sistem operasi (dikumpulkan secara automatik);
2.12 senarai URL yang bermula dengan tapak merujuk (“referring site”), aktiviti anda di Laman Web ini, dan laman web yang anda keluar ke (dikumpulkan secara automatik);
2.13 Maklumat Cookie (lihat fasal 10 di bawah).

3. Penggunaan Data oleh Kami

3.1 Mana-mana Data peribadi yang anda hantarkan akan disimpan oleh Kumpulan Syarikat-syarikat NBC selagi anda menggunakan Perkhidmatan dan Sistem yang disediakan di Laman Web ini. Data yang anda boleh kemukakan melalui mana-mana Sistem komunikasi yang boleh kami sediakan boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama.

3.2 Melainkan kami diwajibkan atau dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian, dan tertakluk kepada Fasal 4, Data anda tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga. Ini tidak termasuk ahli sekutu (“affiliates”) kami dan / atau syarikat-syarikat lain dalam kumpulan kami atau jika anda secara khasnya meminta supaya perhubungan dibuat.

3.3 Mana-mana atau semua Data di atas mungkin diperlukan oleh kami dari semasa ke semasa untuk memberikan anda perkhidmatan dan pengalaman yang sebaik mungkin apabila anda menggunakan Laman Web kami. Khususnya, Data boleh digunakan oleh kami untuk sebab-sebab berikut:-

3.3.1 penyimpanan rekod dalaman;
3.3.2 penambahbaikan produk / perkhidmatan kami;
3.3.3 penghantaran melalui e-mel bahan-bahan promosi berdasarkan minat anda;
3.3.4 kenalan untuk tujuan penyelidikan pasaran yang boleh dilakukan dengan menggunakan e-mel, telefon, faks atau pos. Maklumat sedemikian boleh digunakan untuk menyesuaikan atau mengemaskinikan Laman Web ini.

4.  Laman Web dan Perkhidmatan Pihak Ketiga

Kumpulan Syarikat-syarikat NBC boleh, dari semasa ke semasa, menggunakan perkhidmatan pihak lain untuk berurusan dengan perkara-perkara yang boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, bayaran pengendalian, penghantaran barangan yang dibeli, kemudahan enjin carian, pengiklanan dan pemasaran. Pembekal perkhidmatan tersebut tidak mempunyai akses kepada Data peribadi tertentu yang diberikan oleh Pengguna Laman Web ini.

5. Perubahan Pemilikan Perniagaan dan Kawalan

5.1 Kumpulan Syarikat-syarikat NBC boleh, dari semasa ke semasa, mengembangkan atau mengurangkan perniagaannya dan ini mungkin melibatkan penjualan bahagian-bahagian tertentu atau pemindahan kawalan bahagian-bahagian tertentu kepada pihak lain. Data yang diberikan oleh Pengguna akan, di mana ia relevan kepada mana-mana bahagian yang dipindahkan sedemikian, dipindahkan bersama-sama dengan bahagian itu dan pemilik baru atau pihak baru yang mempunyai kawalan, di bawah terma-terma Dasar ini, dibenarkan untuk menggunakan Data bagi tujuan yang mana ianya diberikan oleh anda.

5.2 Sekiranya bahawa mana-mana Data yang telah diserahkan oleh Pengguna akan dipindahkan dalam cara sedemikian, anda tidak akan dihubungi terlebih dahulu dan dimaklumkan tentang perubahan tersebut. Ketika dihubungi, anda tidak akan diberi pilihan untuk Data anda dipadamkan atau ditahan daripada pemilik baru atau pihak baru yang mempunyai kawalan (“controller”).

6. Kawalan pada Akses kepada Data anda

6.1 Di mana anda dikehendaki mengemukakan Data, anda akan diberi pilihan untuk menyekat penggunaan Data tersebut oleh kami. Ini boleh termasuk yang berikut:

6.1.1 penggunaan Data untuk tujuan pemasaran langsung;
6.1.2 perkongsian Data dengan pihak ketiga.

7. Hak untuk Menahan (“Withhold”) Maklumat

7.1 Anda boleh mengakses bahagian-bahagian tertentu Laman Web ini tanpa memberi apa-apa Data pun. Walau bagaimanapun, untuk menggunakan semua Perkhidmatan dan Sistem yang terdapat di Laman Web ini anda mungkin dikehendaki untuk mengemukakan maklumat Akaun atau Data lain.

7.2 Anda boleh mengehadkan penggunaan Cookies pelayar Internet anda. Untuk maklumat lanjut, lihat fasal 10.4 di bawah.

8. Mengakses Data anda sendiri

8.1 Anda boleh mengakses akaun anda pada bila-bila masa untuk melihat atau meminda Data tersebut. Anda mungkin perlu untuk mengubahsuai atau mengemaskinikan Data anda jika keadaan anda berubah. Data tambahan kepada kecenderungan pemasaran anda juga boleh disimpan dan anda boleh menukar ini pada bila-bila masa.
8.2 Anda mempunyai hak untuk meminta salinan Data peribadi anda dengan bayaran yuran yang kecil.

9. Keselamatan

9.1 Keselamatan Data adalah amat penting bagi Kumpulan Syarikat-syarikat NBC dan untuk melindungi Data anda, kami telah menyediakan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan yang sesuai untuk melindungi dan menjamin Data yang dikumpulkan dalam talian.

10. Cookies

10.1 Kumpulan Syarikat-syarikat NBC boleh menetapkan dan mengakses Cookies pada komputer anda.
10.2 Cookie ialah satu fail kecil yang diletakkan di dalam pemacu keras komputer anda dan selalunya mengandungi pengenal pasti yang unik tanpa nama dan boleh diakses hanya dengan laman web yang diletakkannya di sana, dan bukan laman web yang lain.
10.3 Anda boleh memadam Cookies, tetapi anda mungkin akan kehilangan sebarang maklumat yang membolehkan anda untuk mengakses Laman Web ini dengan lebih cepat.
10.4 Anda boleh memilih untuk membolehkan atau melumpuhkan (“to enable or disable”) Cookies pelayar web anda. Secara biasanya, pelayar web anda akan menerima Cookies, bagaimanapun ini boleh diubah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk menu bantuan dalam pelayar web anda. Melumpuhkan Cookies boleh menghalang anda daripada menggunakan rangkaian penuh Perkhidmatan yang disediakan di Laman Web ini.

11. Pindaan Dasar

Kumpulan Syarikat-syarikat NBC berhak untuk mengubah Dasar Privasi ini seperti yang kami fikirkan perlu dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Sebarang perubahan akan dipaparkan segera di Laman Web ini dan anda dianggap telah menerima terma-terma dalam Dasar ini semasa anda menggunakan Laman Web ini untuk kali pertama berikutan perubahan-perubahan tersebut.

 

(For english version of this page, please click here)

 
Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

Top