Penafian Perundangan (“Legal Disclaimer”)

Maklumat yang terkandung dan diakses di www.1syarikat.com.my (“Laman ini”) disediakan untuk panduan am dan bertujuan untuk menawarkan maklumat umum penting kepada pengguna dan bukanlah suatu layanan (“treatment”)  lengkap pada subjek tersebut. Sehubungan itu, maklumat di dalam Laman dan dokumen ini tidak bertujuan untuk membentuk nasihat atau perkhidmatan berkenaan perakaunan, cukai, undang-undang, pelaburan, perundingan atau lain-lain nasihat dan perkhidmatan profesional. Anda harus berunding dengan pakar-pakar Kumpulan NBC dalam audit, nasihat, cukai atau bidang profesional yang lain masing-masing.

Dokumen ini dan maklumat yang terkandung di Laman ini disediakan “seperti seadanya”, dan Kumpulan NBC tidak membuat sebarang representasi atau waranti nyata atau tersirat berkenaan maklumat yang disediakan di Laman ini. Tanpa mengehadkan pada yang disebut di atas, Kumpulan NBC tidak menjamin bahawa maklumat di Laman ini akan bebas daripada kesilapan atau akan memenuhi apa-apa kriteria tertentu bagi prestasi atau kualiti. Kumpulan NBC secara nyata menafikan kesemua waranti tersirat, termasuk, tanpa mengehadkan, waranti kebolehdagangan (“merchantability”), hakmilik (“title”), kesesuaian untuk tujuan tertentu (“fitness”), ketidak-pelanggaran (“non-infringement”) , keserasian (“compatibility”), keselamatan (“security”) dan ketepatan (“accuracy”).

Penggunaan maklumat perolehi dari Laman dan dokumen ini oleh anda adalah atas risiko anda sendiri. Anda bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung sepenuhnya risiko kerugian akibat daripada penggunaan maklumat di Laman ini. Tiada Kumpulan NBC atau mana-mana sekutu (“affiliates”), rakan kongsi, ejen atau pekerja bagi Kumpulan NBC akan bertanggungjawab ke atas apa-apa gantirugi langsung (“direct”), tidak langsung (“indirect”), sampingan (“incidental”), khas (“special”), teladan (“exemplary”), turutan (“consequential”), hukuman (“punitive”), atau mana-mana gantirugi lain sama ada dalam suatu tindakan kontrak, statut, tort (termasuk, tanpa terhad kepada, kecuaian) atau sebaliknya, berkenaan dengan penggunaan dokumen ini atau maklumat pada Laman ini.

Berdasarkan syarat universal asas proses komunikasi elektronik, Kumpulan NBC tidak menjamin atau memberi waranti bahawa Laman ini tidak akan terganggu, tanpa kelengahan, bebas daripada kesilapan, bebas daripada peninggalan, atau bebas daripada virus. Oleh itu, maklumat yang diberikan “seperti seadanya” tanpa sebarang bentuk waranti, nyata atau tersirat, termasuk ketepatan, ketepatan masa dan kesempurnaan. Tidak dalam apa keadaan pun Kumpulan NBC atau mana-mana sekutu, rakan kongsi, ejen atau pekerjanya hendaklah bertanggungjawab ke atas apa-apa gantirugi langsung (“direct”), tidak langsung (“indirect”), sampingan (“incidental”), khas (“special”), teladan (“exemplary”), hukuman (“punitive”), turutan (“consequential”), atau mana-mana gantirugi lain (termasuk, tanpa terhad kepada liabiliti untuk kerugian penggunaan, data, keuntungan), tanpa mengira bentuk tindakan yang diambil termasuk, tetapi tidak terhad kepada tindakan kontrak, kecuaian atau tindakan tort lain, yang timbul daripada atau berkaitan dengan Laman ini, sebarang kandungan pada atau diakses dengan penggunaan Laman ini, atau sebarang penyalinan, paparan atau penggunaan lain-lain.

Memandangkan kandungan pada Laman ini adalah dihak-ciptakan, sebarang penggunaan terlarang mana-mana bahan di Laman ini mungkin melanggar hak cipta, cap dagang dan undang-undang lain. Sekiranya pengguna memuat turun bahan-bahan di Laman ini untuk kegunaan peribadi atau bukan komersial, pengguna mesti mengekalkan semua hak cipta, cap dagangan atau notis-notis lain yang serupa yang terkandung dalam bahan-bahan asal atau mana-mana salinan bahan tersebut. Bahan-bahan di Laman ini tidak boleh diubah suai, dihasilkan semula, dipaparkan secara awam, ditunjukkan, diagihkan atau digunakan bagi apa-apa tujuan awam atau komersial tanpa kebenaran nyata bertulis daripada pembekal bahan dan kandungan yang bersesuaian (termasuk pautan pihak ketiga). Kumpulan NBC dibebaskan dari risiko, tanggungjawab atau liabiliti sekiranya pengguna tidak mendapatkan kebenaran nyata bertulis seperti yang dinasihatkan oleh Kumpulan NBC.

Pautan tertentu di Laman ini membawa kepada sumber-sumber yang diselenggarakan oleh pihak ketiga yang mana NBC Kumpulan tidak mempunyai kawalan ke atasnya. Kumpulan NBC tidak membuat sebarang representasi atau waranti tentang ketepatan, atau mana-mana aspek lain yang berhubung kait dengan sumber-sumber tersebut.

Dengan mengakses Laman ini, anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia hendaklah mengawal akses sedemikian serta terma-terma di atas dan anda bersetuju untuk menyerahkan pada bidang kuasa eksklusif (“to submit to the exclusive jurisdiction”) mahkamah-mahkamahMalaysia.

 

(For english version of this page, please click here)

 
Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

Top