Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Daftar Syarikat Di SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan berkanun yang mengawal selia syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan.

SSM, yang berkuat kuasa pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.

Aktiviti utama SSM Malaysia adalah untuk berkhidmat sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan serta menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang ramai. 

Sebagai peneraju utama ke arah meningkatkan tadbir urus korporat (“corporate governance”), SSM melaksanakan fungsinya untuk memastikan pematuhan pada perundangan pendaftaran perniagaan dan korporat melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif dalam sektor korporat dan perniagaan untuk Negara.

SSM dalam talian (SSM e-info) menawarkan kepada orang awam untuk membeli maklumat kewangan dan profil semua syarikat-syarikat yang berdaftar dengan SSM Malaysia.

SSM Malaysia adalah bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:

  1. Akta Syarikat 1965 (Akta 125);
  2. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
  3. Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100);
  4. Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28);

Mana-mana perundangan subsidiari yang digubal di bawah Akta-akta seperti:

  1. Peraturan-peraturan Syarikat 1966;
  2. Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957

 


 Anda mungkin juga menikmati:

  1. Pejabat-pejabat SSM di seluruh Malaysia
  2. Daftar syarikat anda (Enterprise/Partnership) dengan SSM, hanya RM120 sahaja!

 

(For english version of this page, please click here)

 

Daftar Syarikat Sdn Bhd dengan SSM hanya RM1,460 sahaja!

Top